UniSZA      PAKAT

Kaedah Pembahagian Harta Pusaka

b6

30 Mac 2019,Sabtu, telah berlangsung ‘Program Santai Celik Harta Pusaka’ bertempat di Dewan Resital Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA, Kampus Gong Badak.

Majlis Kolej Kediaman A selaku penganjur program telah menjemput pensyarah dari Fakulti Pengajian Kontempoprari Islam, Ustaz Mohd Ali Mohd Yusof sebagai penceramah.

Bermotifkan keagamaan dan kekeluargaan, penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa UniSZA yang berminat untuk mendalami ilmu faraid.

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain).

Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dan lain-lain) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di benarkan syarak.

Pengisian sepanjang program adalah bersifat santai dan peserta bebas untuk bertanya kepada penceramah apa jua persoalan berkaitan harta pusaka dan pentadbirannya.

Dibahagikan kepada dua sesi, setiap sesi telah diperuntukan selama satu setengah jam untuk slot pengisian berserta sesi soal jawab.