Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Kerjaya, Teknousahwan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Universiti Sultan Zainal Abidin

Aluan Pengarah

 

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,

Selamat datang ke laman sesawang Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

PaKaT merupakan pusat yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan Kebolehpasaran Graduan dan Ekosistem Teknousahawan menerusi kolaborasi Jaringan Industri Masyarakat berpaksikan penglibatan pelajar UniSZA.

Fungsi PaKaT bertunjangkan kepada Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (2021-2025) dan Pelan Tindakan Keusahawanan (2021-2025) secara tidak langsung dapat membentuk ekosistem keusahawanan dan kebolehpasaran graduan yang bersinergi antara keusahawanan, akademik, industri, kerajaan dan masyarakat.

Justeru itu, PaKaT amat mengalu-alukan penglibatan fakulti, industri dan komuniti untuk bekerjasama dalam menjayakan program peningkatan dan pemerkasaan kemahiran, kebolehpasaran serta keusahawanan khususnya kalangan pelajar UniSZA dan masyarakat pada amnya.

Sekian, terima kasih

PROF. MADYA DR. FAZIDA BINTI KARIM

Pengarah

DR FAZIDA

 

Hubungi Kami

Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 7991
  pakat@unisza.edu.my
logo3d left