UniSZA      PAKAT

Kedatangan 918 Penghuni Baharu

b2Seramai 918 penghuni baharu Diploma termasuk pelajar program Asasi Sains dan Perubatan mendaftar masuk ke kolej kediaman untuk sesi 2019/2020 bermula pada 17 Jun 2019.

Pendaftaran pelajar baharu yang rata-ratanya ditemani ibu bapa dan ahli keluarga mereka telah bermula pada pukul 8 pagi di 13 buah blok yang telah disediakan.

Penolong Pengurus Asrama Kanan, Alias Mat Amin berkata, pihak Pejabat Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar telah menyediakan kemudahan penginapan mencukupi yang sesuai dengan jumlah pelajar merangkumi lima buah blok bagi pelajar lelaki dan lapan blok bagi pelajar perempuan.

Beliau memaklumkan, jumlah kemasukan pelajar pada sesi kali ini  iaitu terdiri daripada 615 pelajar perempuan dan 303 pelajar lelaki, berbanding kemasukan pelajar pada sesi 2017/2018 yang seramai 1,166 pelajar.

Taklimat berkenaan kolej kediaman akan diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah yang akan disampaikan oleh Pengarah Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah.