UniSZA      PAKAT

Malam Israk Mikraj (The Night Journey)

b4
Pada 3 April 2019 telah berlangsung program bersempena Israk Mikraj bertempat di Speaker Corner, Kafe Baru Kampus Gong Badak yang dianjurkan oleh Majlis Kolej Kediaman B dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP).

Penyertaan dalam program ini diadakan secara terbuka buat mahasiswa serta kakitangan UniSZA bertujuan untuk memperingati peristiwa perjalanan Rasullullah SAW pada malam Israk Mikraj.

Tema program bersifat santai ini dimulakan dengan bacaan doa dan selawat oleh moderator majlis sebelum diteruskan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shaharuddin Tahar.

Sepanjang penyamnpaian ceramah, para peserta telah dibawa menelusuri perjalanan nabi dalam satu malam yang penuh bermakna bertetapan dengan tajuk program, ‘Israk Mikraj (The Night Journey)’.

Sebelum mengakhiri ceramah, beliau mencadangkan agar program seperti ini dijalankan dalam tempoh masa yang lebih lama agar lebih banyak input menarik dapat dikongsikan bersama.