UniSZA      PAKAT

Delegasi Benchmarking JPK UiTM, Dungun

b5

Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA berbesar hati menerima kunjungan deligasi daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada 7 April bertempat di Kampus Gong Badak.

Deligasi seramai 26 orang ini disertai oleh JPK dari Kolej Duyung & Kapas dan Kolej Tenggol.

Kunjungan ini bertujuan untuk memberi latihan kepada barisan jawatankuasa kolej kediaman kedua-dua buah universiti dalam melaksanakan program yang mampu memberikan impak kepada kolej kediaman.

Beberapa perkongsian maklumat telah dibentangkan berkaitan aspek kebajikan, keselamatan dan program yang dirancang.

Salah satu isu yang menarik dikongsi oleh JPK ialah berkaitan fungsi Jawatankuasa Perwakilan Non Residen yang bertanggungjawab menguruskan penempatan pelajar di luar kampus.

Memandangkan UniSZA masih belum mempunyai jawatankuasa pelajar khusus untuk menguruskan penempatan pelajar yang tinggal di luar kampus, perkongsian ini merupakan input yang berguna dalam merangka pelan kebajikan pelajar di masa akan datang.