Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah SAW.
Selamat datang ke laman sesawang Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Saya mengharapkan laman sesawang ini akan menjadi wacana yang ampuh dalam menyebarkan maklumat tentang PaKaT kepada khalayak dan massa ke arah menjadikan UniSZA sebagai pilihan utama masyarakat dalam usaha menimba ilmu pengetahuan.
Laman ini diwujudkan bagi memudahkan warga PaKaT dan masyarakat luar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di UniSZA amnya dan di PaKaT khususnya di samping menjadi medan untuk pihak pengurusan PaKaT menyampaikan maklumat kepada warga UniSZA. Maklumat di dalam laman ini menerangkan pelbagai perkhidmatan yang disedia.
|