UniSZA       PAKAT

Latar Belakang

Keputusan Universiti Sultan Zainal Abidin menjenamakan Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Center for Career, Technopreneurship and Smart Networking (CCTSN) (Dahulu dikenali Pusat Jaringan Iindustri dan Masyarakat) menjadi satu sejarah dalam perkembangan membina hubungan industri dan jaringan masyarakat dalam komuniti setempat khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Bermula dengan nama Pusat Jaringan Industri Dan Komuniti (ICNC) pada Ogos 2014, diterajui oleh Prof Madya Abd Rahim bin Razali kemudian bertukar nama pada tahun 2015 kepada Pusat Perhubungan Alumni, Industri Dan Keusahawanan (PPAIK).

Awal Jun 2016 pusat ini bertukar nama kepada Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat dengan diterajui oleh beberapa orang pengarah yang berpengalaman, antaranya PM Dr. Fakhrul Anwar bin Zainol, diikuti YM Syed Mohd Azmi bin Syed Ab. Rahman pada tahun 2018 dan diakhiri PM Dr. Rahimah binti Embong pada penghujung tahun 2019.

Pihak pengurusan UniSZA telah membuat penstrukturan beberapa pusat tanggungjawab pada April 2020 dan hasilnya bergabung lah 3 pusat iaitu Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar, Pusat Alumni dan Pembangunan Kerjaya dan Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat menjadi Pusat Alumni, Keusahawanan dan Jaringan Masyarakat (PAKAT) yang diketuai oleh Ts. Dr. Roslan Bin Awang.

Terkini, pada 20 Julai 2020 pihak pengurusan UniSZA sekali lagi mengeluarkan Pusat Alumni dari gabungan ini lalu menjenamakan dengan nama yang lebih moden iaitu Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar dengan menggunakan akronim PaKaT.

Adalah diharapkan Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar yang mempunyai nakhoda yang berpengalaman luas, Prof. Ts. Dr. Mokhairi bin Makhtar serta dibantu oleh dua Timbalan Pengarah ; Ts. Dr. Ismahafezi bin Ismaildan Dr. Fazida binti Karim akan dapat memimpin pusat dengan penuh muafakat dalam meneruskan kelangsungan Pelan Strategik UniSZA 2020 – 2022 di era UniSZA Di Persada 40 Tahun.

PaKaT juga berharap untuk membentuk pemimpin dan usahawan yang berbakat dari kalangan pelajar UniSZA melalui lapan nilai teras; Ilmu,  Iman & Akhlaq,  Amal, Kepimpinan (Qiyaadah),  Kolaborasi (Ta’awun),  Keusahawanan (Tijaarah),  Transformasi (Taghyir) dan Inovasi (Ibtikaar) ke arahmelahirkan pelajar yang setanding dengan taraf lokal dan antarabangsa.

 PaKaT web 1